KOLEJ KEDIAMAN UMT

PENGENALAN

Kolej Kediaman (KK) merupakan salah satu komponen pengurusan di dalam pembangunan pelajar yang bertanggungjawab menguruskan penempatan serta kemudahan pelajar bagi mewujudkan susasana kediaman yang selesa dan selamat. Penjenamaan semula Kolej Siswa kepada Kolej Kediaman (KK) telah bermula pada 20 Ogos 2020 dimana penjenamaan ini seiring dengan cadangan pucuk pimpinan yang diterajui oleh Pengarah Kolej Kediaman iaitu Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Dalam Kampus Dr. Zarihan Binti Abdul Halim serta Timbalan Pengarah Luar Kampus, Encik Yusmiza Bin Mamat . Justeru itu, Kolej Kediaman telah dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran kedua bagi pelajar yang menginap di Kolej Kediaman. Kolej Kediaman terbahagi kepada dua seksyen penting iaitu Seksyen Pentadbiran, Kewangan & Luar Kampus dan Kolej Kediaman Dalam Kampus. Pihak Kolej Kediaman akan sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar menjadi keutamaan agar pelajar selesa dalam menjalani sesi pembelajaran di Kolej Kediaman.

OBJEKTIF

01

Menguruskan permohonan penempatan mahasiswa di dalam kampus

02

Menyediakan kemudahan, prasarana dan persekitaran yang selesa dan kondusif kepada mahasiswa

03

Menyediakan perkhidmatan pembaikan bagi kerosokan kecil di Kolej Kediaman dan rumah Sewa Taman Permint

04

Mentadbir dan menyelaras aktiviti mahasiswa yang dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri

05

Menyediakan ruang dan peluang untuk mahasiswa membantu pihak pengurusan dalam meningkatan kualiti perkhidmatan di kolej.

0
BLOK KEDIAMAN
0
UNIT BILIK
0
JUMLAH PENGHUNI

BERITA & AKTIVITI TERKINI

LOKASI KAMPUS: