PENGENALAN

Kolej Kediaman Luar Kampus dipertanggungjawabkan bagi:

  • Bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan fasiliti dan infrastruktur kediaman luar kampus yang kondusif
  • Menguruskan pangkalan data rumah sewa pelajar
  • Menguruskan kemudahan dan memudahcara perihal hal ehwal kebajikan dan keselamatan mahasiswa di luar kampus

Kolej Kediaman Luar Kampus menguruskan dua (2) unit kediaman luar kampus yang menempatkan pelajar prasiswazah (Tahun 2 keatas) dan pascasiswazah UMT iaitu:

  • Kolej Kediaman Luar Kampus Residensi Tembesu (KKLKRT)
  • Kolej Kediaman Luar Kampus Taman Permint Makmur (KKLKTPM)

KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS RESIDENSI TEMBESU (KKLKRT)

Kolej Kediaman Luar Kampus Residensi Tembesu (KKLKRT) menempatkan 31 unit kediaman konsep Townhouse dan setiap unit kediaman (atas & bawah) dilengkapi kemudahan asas dengan 2 bilik tidur, 2 tandas, dapur, katil, tilam, langsir, almari, meja belajar dan rak kasut untuk kegunaan pelajar.

10 unit kediaman telah dikhususkan untuk penginapan pelajar antarabangsa UMT dengan setiap bilik tidur dilengkapi dengan alat penghawa dingin yang menggunapakai sistem smart meter dan setiap tandas dilengkapi dengan alat pemanas air. Kadar sewaan yang ditetapkan bagi KKLKRT adalah seperti berikut:

  • Pelajar prasiswazah : RM931.00 per semester
  • Pelajar pascasiswazah antarabangsa : RM750.00/RM600.00 (mengikut saiz bilik) per bulan

Lokasi : Kolej Kediaman Luar Kampus Residensi Tembesu (KKLKRT), Residensi Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman 

Pelajar yang berminat untuk menginap di KKLKRT boleh mendaftar di pautan berikut :

PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS RESIDENSI TEMBESU (KKLKRT)

KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS TAMAN PERMINT MAKMUR (KKLKTPM)

Kolej Kediaman Luar Kampus Taman Permint Makmur (KKLKTPM) mempunyai 18 buah unit rumah yang terdiri daripada rumah dengan kadar sewaan bulanan antara RM1,200.00 atau RM700.00. Unit-unit kediaman ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik yang luas, tandas, dapur, katil, tilam, langsir serta tikar getah.

Bagi Rumah Bujang KKLKTPM, kemudahan alat penyaman udara disediakan dengan kadar sewaan bulanan mengikut saiz bilik iaitu RM500.00 (bilik utama), RM400.00 (bilik ke-2) dan RM350.00 (bilik ke-3). Rumah sewa ini hanya terbuka untuk sewaan kepada pelajar antarabangsa UMT aktif sahaja. 

Lokasi : Kolej Kediaman Luar Kampus Taman Permint Makmur (KKLKTPM), Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman 

Pelajar Antarabangsa yang berminat untuk menginap di Taman Permint boleh menghubungi En. Ahmad Fadhli di talian ini untuk maklumat  lanjut :

+60 9 668 4392 / 4389 / 4381

UMT  1

UMT 2

UMT 3

UMT 4

UMT 5

UMT 6

UMT 7

UMT 8

UMT 9

UMT 10

UMT 11

UMT 12

UMT 13

UMT 14

UMT 15

UMT 16

UMT 17

UMT 18

RUMAH SEWA

PENDAFTARAN RUMAH SEWA