SEKAPUR SIRIH

PENGENALAN

DR NIK AZIZ BIN NIK ALI

Ts Dr Nik Aziz Bin Nik Ali
Pengarah, Kolej Kediaman
Universiti Malaysia Terengganu

Bismillahhir-Rahmanir-Rahim
Assalamualaikum W.B.T

Terlebih dahulu saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia-Nya saya diberikan kesempatan untuk memberi ucapan alu-aluan untuk laman sesawang Kolej Kediaman.

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, Portal Rasmi Kolej Kediaman telah berjaya disiapkan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan web ini.

Sesungguhnya objektif utama terhasilnya laman web ini adalah sebagai satu kemudahan untuk berinteraksi dan berkomunikasi pada zaman ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat membangun. Semoga dengan kemudahan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh warga Kolej Kediaman.

Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mungucapkan “Selamat Menjalani Kehidupan Mahasiswa” kepada para pelajar sekalian. Pelajar sekalian merupakan bakal graduan berasaskan ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh negara. Saya mendoakan agar para pelajar sekalian mencapai kejayaan yang cemerlang. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian, terima kasih.

Translate »