Kolej Kediaman Luar Kampus dipertanggungjawabkan bagi:
Bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan fasiliti dan infrastruktur kediaman luar kampus yang kondusif
Menguruskan pangkalan data rumah sewa pelajar
Menguruskan kemudahan dan memudahcara perihal hal ehwal kebajikan dan keselamatan mahasiswa di luar kampus
Kolej Kediaman Luar Kampus menguruskan dua (2) unit kediaman luar kampus yang menempatkan pelajar prasiswazah (Tahun 2 keatas) dan pascasiswazah UMT iaitu:
Kolej Kediaman Luar Kampus Residensi Tembesu (KKLKRT)
Kolej Kediaman Luar Kampus Taman Permint Makmur (KKLKTPM)
KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS RESIDENSI TEMBESU (KKLKRT)
Kolej Kediaman Luar Kampus Residensi Tembesu (KKLKRT) menempatkan 31 unit kediaman konsep Townhouse dan setiap unit kediaman (atas & bawah) dilengkapi kemudahan asas dengan 2 bilik tidur, 2 tandas, dapur, katil, tilam, langsir, almari, meja belajar dan rak kasut untuk kegunaan pelajar.
10 unit kediaman telah dikhususkan untuk penginapan pelajar antarabangsa UMT dengan setiap bilik tidur dilengkapi dengan alat penghawa dingin yang menggunapakai sistem smart meter dan setiap tandas dilengkapi dengan alat pemanas air. Kadar sewaan yang ditetapkan bagi KKLKRT adalah seperti berikut:
Pelajar prasiswazah : RM931.00 per semester
Pelajar pascasiswazah antarabangsa : RM750.00/RM600.00 (mengikut saiz bilik) per bulan
KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS TAMAN PERMINT MAKMUR (KKLKTPM)
Kolej Kediaman Luar Kampus Taman Permint Makmur (KKLKTPM) mempunyai 18 buah unit rumah yang terdiri daripada rumah dengan kadar sewaan bulanan antara RM1,200.00 atau RM700.00. Unit-unit kediaman ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik yang luas, tandas, dapur, katil, tilam, langsir serta tikar getah.
Bagi Rumah Bujang KKLKTPM, kemudahan alat penyaman udara disediakan dengan kadar sewaan bulanan mengikut saiz bilik iaitu RM500.00 (bilik utama), RM400.00 (bilik ke-2) dan RM350.00 (bilik ke-3). Rumah sewa ini hanya terbuka untuk sewaan kepada pelajar antarabangsa UMT aktif sahaja.