KOLEJ KEDIAMAN UMT
PENGENALAN
Kolej Kediaman (KK) merupakan salah satu komponen pengurusan di dalam pembangunan pelajar yang bertanggungjawab menguruskan penempatan serta kemudahan pelajar bagi mewujudkan suasana kediaman yang selesa, selamat dan sejahtera. Penjenamaan semula Kolej Siswa kepada Kolej Kediaman (KK) telah bermula pada 20 Ogos 2020 dimana penjenamaan ini seiring dengan cadangan pucuk pimpinan yang diterajui oleh Pengarah Kolej Kediaman iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali dan dibantu oleh dua orang Timbalan iaitu Timbalan Pengarah Kolej Kediaman Dalam Kampus, Encik Zulkarni bin Ismail dan Timbalan Pengarah Kolej Kediaman Luar Kampus, Encik Mohd Yusmiza Bin Mamat. Justeru itu, Kolej Kediaman telah dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran kedua bagi pelajar yang menginap di Kolej Kediaman. Kolej Kediaman terbahagi kepada tiga seksyen penting iaitu Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Kolej Kediaman Dalam Kampus dan Kolej Kediaman Luar Kampus. Pihak Kolej Kediaman akan sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar menjadi keutamaan agar pelajar selesa dalam menjalani sesi pembelajaran di Kolej Kediaman.
OBJEKTIF
01
Menguruskan permohonan penempatan mahasiswa di dalam kampus
02
Menyediakan kemudahan, prasarana dan persekitaran yang selesa dan kondusif kepada mahasiswa
03
Menyediakan perkhidmatan pembaikan bagi kerosokan kecil di Kolej Kediaman dan rumah Sewa Taman Permint
04
Mentadbir dan menyelaras aktiviti mahasiswa yang dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri
05
Menyediakan ruang dan peluang untuk mahasiswa membantu pihak pengurusan dalam meningkatan kualiti perkhidmatan di kolej.

BERITA & AKTIVITI TERKINI

HAPPY NEW YEAR 2025 TO ALL UMT CITIZENS
Happy New Year 2025 to all UMT citizens. May this new chapter giving us healthy and happy life. #HEPAbingkas #HEPAPrihatin #WargaHEPACemerlang #TogethernessUMT #UMTSohor #ILoveUMT #UMTPrihatin

WAKAF BUNGA BAGI PROJEK KEUSAHAWANAN DI SERAMBI NIAGA@KOLEJ KEDIAMAN
*WAKAF BUNGA* Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) Universiti Malaysia Terengganu,ingin membuka peluang untuk komuniti mewakafkan bunga bagi kegunaan

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2024
| SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2024 | Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Kami dari Kolej Kediaman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali pada 31 Oktober

MAKLUMAN SENARAI FELO KOLEJ KEDIAMAN UMT TERKINI.
Makluman senarai Felo Kolej Kediaman UMT terkini. [Kemaskini 1 November 2024] #HEPAbingkas #HEPAPrihatin #WargaHEPACemerlang #TogethernessUMT #UMTSohor #ILoveUMT #UMTPrihatin #WargaUMTCemerlang #KitaJagaKita #TerimaKasihUMT #KPTPrihatin #SejahteraIPT #KKcaknasiswa

UCAPAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN ATAS KEJAYAAN DI MAJLIS KONVOKESYEN UMT KE 22
Bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-22 Kolej Kediaman UMT ingin mengucapkan sekalung tahniah buat semua graduan yang bergraduasi pada tahun 2024. Semoga berjaya

TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT PENGARAH KOLEJ KEDIAMAN UMT
Pihak Kolej Kediaman UMT mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Madya Ts. Dr. Nik Aziz bin Nik Ali, Pengarah Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu atas kenaikan