Kawalan & Pencegahan Aedes – Aktiviti Fogging/Oiling di Kolej Kediaman UMT
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 6/1/2022 sekitar jam 6.00 petang, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus di bawah Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, dengan kerjasama Pusat Kesihatan UMT dan diiringi Felo Kolej Kediaman (FKK) serta wakil Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) telah melakukan aktiviti Kawalan & Pencegahan (Fogging/Oiling) Aedes di sekitar Kolej Kediaman UMT. Aktiviti ini telah melibatkan kawasan-kawasan di sekitar Blok Kolej Kediaman Abdul Rahman Limbong (KKARL) serta aras 1 dan 2 Blok At-tharmizi, Kolej Kediaman UMT. Para pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mengenalpasti dan menghapuskan kawasan yang berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.