BERITA & AKTIVITI

Makluman Untuk Berhati-hati dengan Aktiviti Scammer Rumah Sewa Sekitar UMT

SCAMMER RUMAH SEWA

Beberapa perkara boleh di ambil perhatian kepada semua pelajar bagi mengelakkan perkara ini berlaku :

1. Meminta alamat penuh rumah yang ditawarkan
2. Meminta gambar lengkap rumah (luar dan dalam rumah) bagi yang tidak berada di UMT dan tidak dapat melihat rumah berkenaan.
3. Memastikan adanya perjanjian rumah sewa yang ditandatangani pihak tuan rumah dan penyewa dengan butiran, syarat dan terma yang jelas.
4. Mendapatkan nama penyewa dan no telefon (bertulis) yang boleh dihubungi melalui telefon atau sosial media.
5. Memaklumkan kepada pejabat luar kampus.
6. JANGAN MEMBUAT SEBARANG TRANSAKSI PEMBAYARAN SEBELUM SEMUA PERKARA DI ATAS DIPENUHI ATAU MERAGUKAN.

PELAJAR DIWAJIBKAN menghubungi atau datang ke Pejabat Luar Kampus Kolej Kediaman, Aras 1, Kafeteria Sheikh Abdul Malek untuk mendaftarkan diri dan rumah sewa, rundingan dan semakan perjanjian rumah sewa yang diperolehi.

#HEPAdihatiku
#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email