Telah berlangsung proses pendaftaran pelajar Diploma Perikanan dan Asasi STEM Sesi 2022/2023 ke Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu pada 1 Ogos 2022. Seramai hampir 360 orang pelajar telah berjaya berdaftar di Kolej Kediaman. Turut terlibat dalam menyambut kehadiran pelajar ke Kolej Kediaman adalah Pengarah Kolej Kediaman, Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali serta Timbalan Pengarah Dalam Kampus, Dr. Zairihan Binti Abdul Halim. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan proses pendaftaran yang berjalan lancar pada hari ini.
#HEPAdihatiku
#KKcaknasiswa