Mesyuarat Jawatankuasa Penyelenggaraan Kolej Kediaman Kali ke 36 Bil. 9/2022.
Mesyuarat jawatankuasa penyelenggaraan kolej kediaman berlangsung pada hari isnin, 26 September 2022 dipengerusikan oleh Pengarah Kolej Kediaman, Ts. Dr. Nik Aziz Nik Ali.
Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai dan Penyelia Kolej Kediaman, wakil Perkhidmatan Pembersihan Bangunan, wakil Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap, Ketua Felo, wakil JPKK, wakil JPLK dan wakil MPP.
Perbincangan merangkumi aspek penyelenggaraan fasiliti di kolej kediaman dan rumah di Taman Permint, laporan kerosakan, cadangan penambahbaikkan, pembersihan dan landskap sekitar Kolej Kediaman bagi persediaan pelajar-pelajar baru. Semoga mesyuarat ini dapat mencapai solusi dan memberi manfaat kepada semua pelajar.