Amaran kepada Pelajar Yang Merosakkan Harta Benda Kolej Kediaman
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terdapat segelintir pelajar telah dikesan melakukan kerosakan pagar sekitar asrama dan menjadikannya sebagai ‘laluan haram’ masuk ke kolej kediaman. Jika para pelajar ditangkap atau dikenalpasti melakukan sebarang kerosakan harta benda Kolej Kediaman, para pelajar akan dikenakan tindakan dan disenarai hitam daripada permohonan asrama.
Diharapkan para pelajar dapat menjaga tingkah laku dan harta Kolej Kediaman sebaiknya. Harap cakna.
Sekian, terima kasih.