BERITA & AKTIVITI

Pengurusan Krisis Dan Keselamatan Kebangsaan (P3K) Inisiatif Kolej Kediaman Cakna Keselamatan Pelajar

Program Pengurusan Krisis Dan Keselamatan Kebangsaan (P3K) yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman UMT menerusi Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan melatih untuk meningkatkan daya ketahanan setiap mahasiswa/wi supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi kepelbagaian masalah kecemasan apabila tinggal di luar kampus. Program ini juga dilihat sangat baik kerana sebagai satu platform mengeratkan hubungan silaturahim dan toleransi sesama mahasiswa/wi luar kampus disamping dapat mengenali mahasiswa/wi dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain yang turut sama menyertai program ini. Antara IPT lain yang menyertai adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Seterusnya, dapat meningkatkan pengetahuan dengan cara pertukaran buah fikiran antara mahasiswa/wi luar kampus universiti yang terlibat melalui aktiviti yang dijalankan serta membina pemikiran mahasiswa/wi luar kampus yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan segala tugasan menerusi aktiviti yang dijalankan.

#HEPADiHatiku

#HEPAPrihatin

#WargaHEPACemerlang

#UMTSohor

#ILoveUMT

#UMTPrihatin

#WargaUMTCemerlang

#KitaJagaKita

#TerimaKasihUMT

#KPTPrihatin

#SejahteraIPT

#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email