BERITA & AKTIVITI

LAPORAN PROGRAM DENAI KEIKHLASAN: MENYEMAI KEBAHAGIAAN

Program ini adalah merupakan satu program anjuran JPKK UMT dengan kerjasama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za’Ba UKM dengan melibatkan 11 JPKK, 2 sukarelawan UMT, 5 sukarelawan UKM, 3 Felo Kolej Kediaman UMT. Hari Pertama:  program dimulakan dengan aktiviti Ice Breaking yang dinamakan “Belon Nama Si Comel” bersama komuniti Ahsana, bertujuan untuk membina kepercayaan dan mewujudkan suasana mesra antara sukarelawan dan komuniti istimewa tersebut. Seterusnya, sukarelawan UMT dan UKM bekerjasama dalam aktiviti gotong-royong memasak nasi lemak untuk hidangan tengah hari. Pada sebelah petang, aktiviti Patchwork Play dijalankan sebagai terapi seni melalui aktiviti menampal kertas warna mengikut bentuk gambar yang disediakan. Menjelang waktu berbuka puasa, sukarelawan menyediakan juadah nasi ayam untuk dinikmati bersama komuniti Ahsana. Hari Kedua :  aktiviti diteruskan dengan gotong-royong mengecat bahagian tertentu rumah PKAKL serta membersihkan dapur dan mengemas stor penyimpanan barangan keperluan, bagi menceriakan dan memudahkan urusan harian komuniti Ahsana. Selepas selesai gotong-royong, majlis penutup diadakan secara semi formal yang melibatkan penyampaian sumbangan barangan keperluan, hamper, dan sijil penghargaan kepada komuniti Ahsana serta para sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan program ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email