BERITA & AKTIVITI

PELANTIKAN DUTA LUAR KAMPUS KOLEJ KEDIAMAN UMT

Pada 10 Mei, Program Watikah Perlantikan Duta Luar kampus berjalan di Auditorium Sulaiman, Psnz yang melibatkan seramai 15 orang Duta Luar Kampus. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Program Duta Luar Kampus dan Timbalan Pengarah Luar Kampus. Seramai 15 orang Duta Luar Kampus telah menerima watikah. Program ini telah mencapai objektif utamanya iaitu mengumpulkan data rumah sewa pelajar luar kampus dengan lebih sistematik dan menyeluruh.   Data yang diperoleh telah disusun dalam satu pangkalan data yang tersusun, sekaligus memudahkan rujukan pihak Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) bagi tujuan keselamatan, pemantauan serta kebajikan pelajar luar kampus. Pelajar luar kampus menunjukkan kerjasama yang baik dalam memberikan maklumat kepada Duta Luar Kampus. Secara tidak langsung, hubungan antara JPLK dan komuniti pelajar luar kampus menjadi lebih erat. Maklumat yang dikumpulkan menjadi asas penting bagi merancang sebarang program atau dasar berkaitan keselamatan, kebajikan dan penempatan pelajar luar kampus di masa akan datang.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email