BERITA & AKTIVITI

INISIATIF KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS BERSAMA PELAJAR LUAR KAMPUS RESIDENSI TEMBESU

Perjumpaan Penghuni Kolej Kediaman Luar Kampus bagi Residen Tembesu (KKLKRT) bagi sesi 2025/2026 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

πŸ“… Tarikh: 25 Jun 2025 (Rabu)
πŸ•— Masa: 8.00 malam
πŸ“ Tempat: Dewan Al-Falah, Kolej Kediaman UMT

Majlis ini akan disempurnakan oleh En. Mohd Yusmiza bin Mamat, Timbalan Pengarah Luar Kampus, Kolej Kediaman UMT.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk:

  • Menyampaikan maklumat penting berkaitan penginapan luar kampus.

  • Memperjelas peranan Residen Tembesu dalam sistem kolej kediaman UMT.

  • Mengukuhkan hubungan antara pihak pengurusan dan penghuni luar kampus.

  • Memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya dan memberikan maklum balas secara terus.

Perjumpaan ini juga adalah platform terbaik bagi menyampaikan amanat, garis panduan serta memperkukuh sistem sokongan pelajar di luar kampus agar kekal berdaya saing dan terpelihara kebajikannya sepanjang sesi pengajian.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email