


LAWATAN TNC HEPA UMT KE PENGINAPAN PELAJAR BAHARU ASASI DAN DIPLOMA SESI 2025/2026:
Lawatan ini diadakan sebagai salah satu inisiatif mesra pelajar bersempena Minggu Jalinan Mesra (MJM) yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu. Lawatan oleh YBrs. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) memberi penekanan kepada aspek kebajikan pelajar serta semangat menyantuni pelajar baharu di awal sesi pengajian.
OBJEKTIF LAWATAN:
-
Menyantuni pelajar baharu di tempat penginapan mereka.
-
Memberi suntikan semangat dan motivasi awal kepada pelajar baharu.
-
Meninjau kemudahan, keselesaan dan kebersihan persekitaran kolej kediaman.
-
Mendengar secara langsung maklum balas pelajar dan ibu bapa.
PENGISIAN LAWATAN:
-
Lawatan dimulakan sekitar jam 10.00 pagi dan diketuai oleh TNC HEPA, diiringi oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Kolej Kediaman.
-
Lokasi lawatan meliputi beberapa blok utama yang menempatkan pelajar asasi dan diploma.
-
TNC HEPA turut beramah mesra dengan ibu bapa dan penjaga yang hadir.
-
Beberapa perbincangan santai turut berlangsung bersama pelajar berkaitan harapan dan sokongan yang boleh disediakan oleh pihak universiti.





