BERITA & AKTIVITI

SESI KOLEJ KEDIAMAN BERSAMA PELAJAR BAHARU ASASI DAN DIPLOMA 2025/2026

 

LAPORAN SESI KOLEJ KEDIAMAN BERSAMA PELAJAR BAHARU ASASI DAN DIPLOMA

πŸ“… Tarikh: 6 Julai 2025 (Ahad)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Lokasi: UMTCC
πŸ‘₯ Sasaran: Pelajar Baharu Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2025/2026


LATAR BELAKANG:

Sesi ini merupakan platform rasmi pengenalan awal kepada sistem dan peraturan penginapan di Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu. Ia juga bertujuan memperkukuh komunikasi dua hala antara pihak pengurusan kolej dan pelajar baharu yang mendaftar sempena Minggu Jalinan Mesra (MJM) 2025.


OBJEKTIF:

  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu berkaitan struktur pentadbiran kolej.

  • Menerangkan peraturan, tatacara, serta sistem pengurusan kolej termasuk permohonan bilik, aduan, dan kemudahan yang disediakan.

  • Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap peranan felo, staf sokongan dan keselamatan kolej.

  • Menyemai nilai disiplin, kebersamaan dan hormat-menghormati sebagai penghuni kolej.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email