BERITA & AKTIVITI

PENGHARGAAN KEPADA YAB PERDANA MENTERI

Kolej Kediaman UMT mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas inisiatif kerajaan menyediakan 5,000 tambahan penginapan untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Inisiatif ini jelas mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara, khususnya dalam menangani isu keperluan tempat tinggal yang selesa, selamat dan berpatutan. Usaha ini bukan sahaja meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga, malah turut mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan sejahtera.
Kami amat menghargai langkah proaktif ini dan yakin bahawa ia akan memberi impak positif kepada kesejahteraan pelajar serta menyokong kecemerlangan pendidikan tinggi negara.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Email