BERITA & AKTIVITI

Baik Pulih Kerosakan Taman Permint Makmur, Demi Keselesaan Pelajar


Proses-proses membaiki kerosakan berkaitan masalah kabinet dapur yang pecah, almari pakaian bermasalah dan sinki dapur yang bermasalah di Rumah Taman Permint Makmur. Kolej kediaman juga dalam fasa untuk membaik pulih kerosakan di Taman Permint Makmur bagi memastikan keselesaan pelajar luar kampus terjamin.

Keselesaan dan kebajikan pelajar adalah menjadi keutamaan Kolej Kediaman dalam memastikan pelajar dapat manfaat sebaiknya dan dapat menggunakan fasiliti dan kemudahan yang disediakan dengan baik dan efisien. Hal ini seiring dengan Inisiatif Cakna Kolej Kediaman untuk membantu pelajar dengan menyediakan fasiliti yang kondusif dan selamat bagi menjalani kehidupan sebagai mahasiswa UMT dengan selesa dan selamat.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email