BERITA & AKTIVITI

BENGKEL PELAN STRATEGIK MAJLIS PERUMAHAN UNIVERSITI – UNIVERSITI AWAM (MAPUM) 2026–2030

 

📅 Tarikh : 13 – 15 Ogos 2025 (Rabu – Jumaat)
🕰️ Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 malam
📍 Lokasi : Wyndham Ion Majestic Hotel, Genting Highland

Kolej Kediaman UMT telah dipilih oleh Pengerusi MAPUM Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniMAP untuk menjadi urusetia bagi Bengkel Penyediaan Pelan Strategik MAPUM 2026 – 2030 yang ditadbir urus bersama Universiti Malaya.

Pelan Strategik MAPUM digubal bagi memperkukuh peranan kolej kediaman sebagai peneraju institusi penginapan yang kondusif dan unggul dalam menyokong kemenjadian pelajar. Dokumen ini berlandaskan semakan dasar sedia ada, garis panduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dasar nasional, dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). Kolej Kediaman UMT turut membantu sekreteriat iaitu UniMAP dalam menguruskan perancangan takwim MAPUM dan penambahbaikan Terma Rujukan MAPUM.

Sekian, untuk makluman.

Kolej Kediaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email