Tarikh: 24 – 29 Julai 2023
Tempat: University of San Agustine, Philippines
Kolej Kediaman yang diketuai oleh Encik Muhammad Ashraff Aiman Bin Roslan, Pegawai Tadbir Kolej Kediaman Luar Kampus melaksanakan lawatan kerja ke University San Agustine, Iloilo City, Phillipine seiring dengan program Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi UMT. Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada staf untuk melihat dan menambah pengalaman yang melibatkan suasana kerja di Hal Ehwal Pelajar Universiti San Augustin yang melibatkan aspek pengurusan fasiliti penginapan pelajar dalam dan luar kampus, pengurusan program serta aktiviti program pelajar dan budaya kerja di Universiti San Augustin. Program ini melibatkan 5 staf yang turut disertai oleh ketiga-tiga seksyen di Kolej Kediaman iaitu Encik Muhammad Ashraff Aiman Bin Roslan, Encik Ahmad Fadhli Bin Hamzah dan Puan Akmal Hakim Binti Eya bagi Seksyen Luar Kampus, Puan Engku Aima Binti Engku Amri bagi Seksyen Dalam Kampus dan Encik Ahmad Fadzail Binti Abd. Jalil bagi Seksyen Pentadbiran dan Kewangan. Program seperti ini memberi banyak pendedahan serta ruang dan peluang kepada staf yang sentiasa berinteraksi dengan pelajar dan staf antarabangsa untuk lebih yakin dan bersemangat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam menggunakan Bahasa Inggeris dengan baik dan jelas.