Felo Kolej Kediaman (FKK) merupakan satu organisasi yang telah ditubuhkan pada 2008 dan menjadi sebuah organisasi pengantaraan antara kolej kediaman dan pelajar kolej kediaman Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
KRITERIA MENJADI FELO
01
Pascasiswazah, pensyarah atau staf Universiti Malaysia Terengganu.
02
Memiliki sifat kesukarelawan yang tinggi.
03
Mempunyai sifat penyayang dan proaktif.
04
Kreatif dan kritis.
05
Menyemai budaya hormat- menghormati dan berkasih sayang.
BIDANG TUGAS FELO
01
Menjaga kebajikan pelajar terutama di blok masing-masing.
02
Pemantau disiplin dan salah laku di asrama.
03
Membuat perancangan dan penyusunan awal aktiviti-aktiviti Kolej Kediaman.
04
Berperanan sebagai perantara mahasiswa dengan pengurusan Kolej Kediaman.
05
Bertindak selaku penasihat Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) dalam membantu dan memberi tunjuk ajar mengikut portfolio dan bidang tugas masing-masing.
CARTA ORGANISASI FELO KOLEJ KEDIAMAN (FKK) SESI 2023/2024