Israk Mikraj |18 Februari 2023 Bersamaan 27 Rejab 1444H|
Peristiwa Nabi Muhammad S.A.W telah dijalankan oleh Allah S.W.T dari bumi ke langit ke 7 hingga ke Sidratul Muntaha dimana diperintahkan mengerjakan solat fardhu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam.
Pengajaran yang dapat dipelajari dari peristiwa tersebut adalah kepentingan solat fardhu lima waktu sehari semalam, galakan untuk sentiasa meminta kepada Allah S.W.T dan elakkan dari melakukan perkara mungkar dan dilarang Allah S.W.T.
Semoga peristiwa ini dapat dijadikan iktibar kepada kita untuk mengubah sikap dan amalan dari baik kepada yang lebih baik.