

Program GEGARMASKK FASA I ini telah diadakan pada 17 April hingga 19 April 2025 dan melibatkan seramai 12 orang Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman, 30 orang assist JPKK, dan 280 peserta terlibat dalam program tersebut. Program ini telah bermula pada 17 April (Khamis) dengan sukan Futsal yang diadakan di Gelanggang serbaguna B), 18 April (Jumaat) dengan sukan Futsal dan E-sukan di Gelanggang serbaguna B dan Dewan Al-Irfan, dan hari terakhir 19 April (Sabtu) dengan sukan Bola jaring dan Bola tampar di Gelanggang serbaguna PISM. Majlis Perasmian Penutup telah diadakan di Stadium Kompleks Sukan. Majlis Perasmian Penutupan Program GEGARMASKK bertujuan untuk membuka ruang bagi melahirkan mahasiswa UMT yang bergiat aktif serta menyumbang kecemerlangan kepada kolej kediaman khususnya dalam bidang sukan dan permainan. Program ini juga memberi focus utama kepada penghuni kolej kediaman bagi mencari pemenang dalam kalangan atlet yang akan mewakili Kolej Kediaman UMT ke GEGARMASKK fasa II. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh En Zulkarni bin Ismail selaku Timbalan Pengarah dalam Kampus, Kolej Kediaman. Seramai satu wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), 12 orang ahli JPKK, 28 orang assist JPKK, 6 orang felo dan 148 turut terlibat dalam Majlis Perasmian Penutupan.





