
Program Iftar Kasih Darul Falah telah berlangsung pada 3 Mac 2025 yang bertempat di Asrama Rumah Anak-anak Yatim Darul Falah, Bukit Payong, Terengganu. Program ini telah mendapat penglibatan daripada 11 orang VIP daripada HEPA, 20 orang VIP daripada PERKASA dan Rumah Anak-anak Yatim Darul Falah, 3 orang pegawai Kolej Kediaman, 30 orang staf HEPA, 10 orang pegawai Kolej Kediaman, 10 orang ahli JPLK, 6 orang ahli KPLK, 3 orang ahli JPLK, 4 orang ahli MPP, 3 orang sukarelawan pelajar dan 112 orang anak yatim. Program Iftar Kasih Darul Faklah adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara warga UMT dan komuniti spesifiknya anak yatim daripada Asrama Rumah Anak-anak Yatim Darul Falah. Program ini juga boleh menjadi contoh kepada pelajar lain berkenaan betapa pentingnya amalan berkongsi dan semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar untuk membentuk individu yang lebih berkualiti.





