Program ini adalah merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) untuk menjaga kebajikan mahasiswa/i di kolej kediaman dalam bentuk pemberian makanan. Sebelum program ini dijalankan, pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman(JPKK) telah membuka satu borang tinjaun untuk diisi oleh pelajar yang memerlukan bantuan makanan. Seramai 400 pelajar telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan. Bagi program fuel up for success fasa 1, pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) telah menyediakan burger daging dan burger ayam untuk mahasiswa/i. Burger yang diedarkan juga telah ditempah dari peniaga di kalangan pelajar sendiri. Makanan yang disediakan telah diedarkan oleh pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) pada 31 Januari 2025 di Serambi Siswa, Kolej Kediaman. Mahasiswa/i perlu berdaftar dahulu sebelum mengambil makanan yang disediakan. Baki makanan yang tidak diambil telah diberikan kepada mahasiswa/i yang berada di Kafe Syeikh Abdul Malek dan Kafe Abdul Rahman Limbong.









