
Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) bagi menyemarakan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kolej Kediaman di samping itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar dan pihak pengurusan UMT. Program ini dilaksanakan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik berkonsepkan hari raya iaitu Vlog Raya (Salam Perantauan), Kad Raya Digital dan malam Glimpse of Aidilfitri yang terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UMT. Penyertaan bagi Vlog Raya (Salam Perantauan) dan Kad Raya Digital telah dibuka secara atas talian bermula 24 Mac 2025 sehingga 7 April 2025. Pelbagai karya yang menarik telah ditunjukkan oleh para pelajar yang telah menyertai kedua-dua program tersebut. Pada sesi pagi 11 April 2025 telah berlangsung aktiviti Kawah Tradisi. Dalam aktiviti Kawah Tradisi ini, jawatankuasa perlaksana bersama sukarelawan telah menyediakan menu roti jala bersama kuah manis untuk dihidangkan pada malam Glimpse of Aidilfitri. Malam Glimpse of Aidilfitri merupakan malam kemuncak pada program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan suasana malam Glimpse of Aidilfitri. Antaranya adalah penyampaian hadiah Vlog Raya (Salam Perantauan) dan Kad Raya Digital, persembahan daripada para pelajar, cabutan bertuah dan ‘King’ and ‘queen’ Glimpse of Aidilfitri. Majlis ini telah disempurnakan dengan ucapan alu-aluan daripada Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu.





