
Program Jom Ronda 9.0 Sesi 1 telah dijalankan bertempat di Mengabang Telipot (Zon A). Kawasan rondaan dipilih berdasarkan kes-kes yang pernah berlaku di sekitar rumah yang disewa oleh pelajar UMT. Program ini bertujuan untuk bekerjasama dengan pihak Balai Polis Gong Badak untuk menjaga dan meninjau keselamatan pelajar luar kampus serta mengeratkan hubungan antara pelajar luar kampus dan pihak polis dari Balai IPD Gong Badak. Program ini juga telah dapat mengeratkan hubungan antara pelajar luar kampus dengan pihak polis dan secara tidak langsung mereka dapat mengetahui setiap langkah yang perlu diambil semasa berlaku kecemasan. Program Jom Ronda 9.0 ini juga telah memberi peluang dalam mengumpul data-data pelajar yang menginap di luar kampus. Program ini berlangsung pada jam 8.00pm sehingga 11.00pm yang bermula di Balai Polis Gong Badak bagi sesi taklimat rondaan yang telah disampaikan oleh anggota polis yang bertugas pada setiap sesi penganjuran Setelah itu, terdapat 2 anggota polis dan seorang ahli RELA telah bersama-sama dalam menjalankan aktiviti rondaan di sekitar rumah pelajar luar kampus yang berada di Mengabang Telipot (Zon A).





