

Program ini adalah merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) untuk memberi dorongan kepada mahasiswa dalam menghayati bulan Ramadan serta memastikan mereka kekal aktif walaupun sedang berpuasa. Bagi program ini, pertandingan yang telah dijalankan adalah Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Azan. Selain itu terdapat aktiviti iaitu Vivid Ramadan bagi para pelajar dengan pengisian Minda Lentera: Mind Mapping serta Trivia Ramadan: Pop Quiz. Pertandingan-pertandingan tersebut telah dihakimi oleh juri jemputan dari kalangan staf Universiti Malaysia Terengganu, tenaga pengajar (ustaz/ustazah) dari sekolah agama Terengganu dan Majlis Perwakilan Pelajar UMT. Program ini turut diakhiri dengan Majlis Penutup yang merangkumi ucapan Pengarah Program, Ucapan Perasmian daripada TNC HEPA, Prof Dr. Mohd Izani bin Mohd Izani, penyampaian hadiah bagi para pemenang serta penyampaian sumbangan daripada penaja (RSF Scaffolders, RHB, CikHa Kafe,JPKK UMT). Program ini juga mengadakan jamuan berbuka puasa iaitu Iftar Jamai’e yang melibatkan para peserta dan jemputan serta majlis ini telah bekerjasama dengan Pusat Ihsan UMT serta Pusat Islam Sultan Mahmud.





