BERITA & AKTIVITI

LAPORAN PROGRAM “PIXEL & PITCH ACADEMY”

Program ini adalah merupakan satu bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) dalam memperkasakan kemahiran perwakilan pelajar dari segi penghasilan bantuan visual (poster) dan kemahiran ‘pitching’ dengan lebih efektif. Untuk slot 1, The Art of Creativity iaitu bengkel penggunaan Adobe Illustrator (AI) yang dikendalikan oleh En Nizar dari Media Kreatif yang mana setiap ahli perlu menghasilkan poster mengikut kreativiti dan tema yang diberikan.

Pada akhir slot ini, ada penilaian dijalankan oleh penceramah dan juri jemputan iaitu En Safuan Azhar untuk pemenang poster terbaik dan Kumpulan terbaik. Untuk slot 2, Pitch Perfect iaitu bengkel Kemahiran Berbahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Dr Farha Alia selaku Felo Penasihat Dimana tugasan diberikan secara berkumpulan dan beberapa kaedah untuk menyampaian pembentangan dengan lebih berkesan dalam Bahasa inggeris. Slot ini diakhiri dengan pembentangan dari setiap Kumpulan berkenaan poster yang dihasilkan semasa slot 1 dan diteruskan dengan pengampaian hadiah kepada pembentang terbaik.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email