BERITA & AKTIVITI

LAPORAN PROGRAM SAYAP SENI WARISAN

Program Sayap Seni Warisan yang ingin dijalankan susulan kejayaan Program Sayap Seni Wau 2024. Program ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara pelajar luar kampus, pelajar kolej kediaman dan komuniti setempat meliputi semua zon yang telah digariskan oleh kolej kediaman luar kampus. Selain itu, program ini ingin berfokuskan hubungan antara mahasiswa UMT terutamanya pelajar luar kampus supaya dapat menjalinkan hubungan yang baik di kalangan mahasiswa dan komuniti dan juga dapat memberi impak yang baik kepada UMT. Program ini juga bertujuan untuk menarik minat pelajar di luar kampus untuk memperkenalkan seni warisan Malaysia dengan mengekalkan permainan wau yang merupakan salah satu permainan tradisional yang terkenal di Terengganu sebagai acara tumpuan. Program ini sangat bermanfaat kepada seluruh warga mahasiswa luar kampus
bagi mengenali lebih mendalam terhadap permainan tradisional wau serta
seni warisan lain seperti pakaian, seni budaya, makanan dan permainan agar
masa pelajar dapat digunakan sebaiknya.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email