BERITA & AKTIVITI

Mesyuarat Majlis Perumahan Universiti- Universiti Awam Malaysia (MAPUM) Kali Ke -78 (Bil.2/2020) Secara Atas Talian

Mesyuarat Majlis Perumahan Universiti- Universiti Awam Malaysia (MAPUM) Kali ke -78 (Bil.2/2020) secara atas talian (aplikasi Webex) yang dipengerusikan oleh TNC HEPA, YBhg. Prof. Madya Dr. Hafiz bin Zakariya dan setiausaha mesyuarat, Ts. Dr. Nik Aziz bin Nik Ali, Pengarah Kolej Kediaman UMT. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh wakil KPT.
Agenda utama melibatkan topik pengurusan dan perkongsian ilmu Kolej Kediaman di UA semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Mesyuarat ini juga memberi tumpuan kepada perancangan pengurusan penempatan di kediaman UA dalam membantu pelajar menjalani tempoh pembelajaran dengan lebih baik untuk tahun 2021.

Semoga usaha ini mampu memberi manfaat kepada semua pelajar untuk masa hadapan
Terima kasih

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email