BERITA & AKTIVITI

Kolej Kediaman Prihatin Sediakan “Kemudahan Mesra OKU”

Penyediaan dan penambahbaikan kemudahan dan fasiliti kepada pelajar OKU merupakan langkah berterusan yang diuruskan oleh pihak Kolej Kediaman bertepatan dengan tema kemerdekaan negara ke-63 berkonsepkan “MALAYSIA PRIHATIN”. Selari dengan slogan tersebut, Kolej Kediaman sentiasa proaktif menyediakan kemudahan mesra OKU supaya semua golongan pelajar di UMT dapat menjalani kehidupan sebagai mahasiswa/i yang lebih sempurna. Diharapkan agar penyediaan kemudahan dan fasiliti Mesra OKU ini telah memberi senyuman kegembiraan kepada para pelajar OKU terutamanya dalam membantu mereka menikmati pembelajaran dan kehidupan sama seperti pelajar yang lain

.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email