BERITA & AKTIVITI

Status Masalah Tender Mesin Air Minum Di Blok Kolej Kediaman

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Merujuk masalah kekurangan dan kerosakan mesin air minum di blok, pihak pengurusan kolej sudah berurusan dengan pihak pembekal baharu dan kemasukan mesin baharu masih dalam proses lantikan. Proses ini memakan masa yang agak lama kerana proses lantikan baharu perlu melalui beberapa prosedur dan mendapat kelulusan dari pelbagai pihak. Hal ini tidak dapat dielakkan ekoran pihak pengusaha telah menarik diri sebelum kemasukan pelajar secara tiba-tiba berpunca daripada masalah kewangan syarikat.

Pihak kolej memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan berusaha sebaik mungkin dalam memastikan keselesaan pelajar.

#HEPAdihatiku #KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email