KOLEJ KEDIAMAN UMT
PENGENALAN
Kolej Kediaman (KK) merupakan salah satu komponen pengurusan di dalam pembangunan pelajar yang bertanggungjawab menguruskan penempatan serta kemudahan pelajar bagi mewujudkan suasana kediaman yang selesa, selamat dan sejahtera. Penjenamaan semula Kolej Siswa kepada Kolej Kediaman (KK) telah bermula pada 20 Ogos 2020 dimana penjenamaan ini seiring dengan cadangan pucuk pimpinan yang diterajui oleh Pengarah Kolej Kediaman iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali dan dibantu oleh dua orang Timbalan iaitu Timbalan Pengarah Kolej Kediaman (Dalam Kampus), Encik Zulkarni bin Ismail dan Timbalan Pengarah Kolej Kediaman (Luar Kampus), Encik Mohd Yusmiza Bin Mamat.
Kolej Kediaman telah dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran kedua bagi pelajar yang menginap di Kolej Kediaman. Kolej Kediaman terbahagi kepada tiga seksyen penting iaitu Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Kolej Kediaman Dalam Kampus dan Kolej Kediaman Luar Kampus. Pihak Kolej Kediaman akan sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar menjadi keutamaan agar pelajar selesa dalam menjalani sesi pembelajaran di Kolej Kediaman.
OBJEKTIF
01
Menguruskan permohonan penempatan mahasiswa di dalam kampus
02
Menyediakan kemudahan, prasarana dan persekitaran yang selesa dan kondusif kepada mahasiswa
03
Menyediakan perkhidmatan pembaikan bagi kerosokan kecil di Kolej Kediaman dan rumah Sewa Taman Permint
04
Mentadbir dan menyelaras aktiviti mahasiswa yang dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri
05
Menyediakan ruang dan peluang untuk mahasiswa membantu pihak pengurusan dalam meningkatan kualiti perkhidmatan di kolej.





