BERITA & AKTIVITI

Bengkel DIY (Do It Yourself) Kolej Kediaman

12 Februari 2022 | Bengkel DIY (Do It Yourself)
Bengkel DIY (Do It Yourself) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Al irfan Kolej Kediaman UMT bermula jam 9.00 pagi. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan teknik asas pembaikian kerosakan tombol pintu bilik pelajar kepada para Felo Kolej Kediaman. Sesi penerangam ringkas telah disampaikan oleh pembantu kemahiran kolej kediaman iaitu Encik Mohd Sukri Bin Abdullah dan Encik Muhammad Solehuddin bin Mamat @ Mohamad. Slot seterusnya diteruskan dengan sesi praktikal membuka pintu bilik pelajar yang terkunci dan menukar tombol pintu. Diharapkan dengan sesi praktikal sebegini dapat membantu para felo mengendalikan masalah teknikal ringkas yang berlaku di bilik pelajar.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Email