Bengkel Perkhidmatan Ambulans Bagi Kes-kes Kecemasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 19 Oktober 2022 (Rabu), pihak Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah menganjurkan Bengkel Perkhidmatan Ambulans Bagi Kes-kes Kecemasan di rumah universiti. Bengkel ini diadakan untuk menambah baik garis panduan (SOP) penggunaan ambulans dan kes-kes kecemasan.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Pendaftar UMT, Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim dan disertai oleh wakil PPH, wakil Kolej Kediaman dan MPP.
Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat dalam menambah baik perkhidmatan PKU.
Sekian, terima kasih.