BERITA & AKTIVITI

Bengkel Tadbir Urus dan Perjawatan Kolej Kediaman Universiti Awam dan juga Mesyuarat Majlis Perumahan Universiti universiti Malaysia (MAPUM)

 
Pada 17-18 Oktober 2022, telah berlangsungnya Bengkel Tadbir Urus dan Perjawatan Kolej Kediaman Universiti Awam dan juga Mesyuarat Majlis Perumahan Universiti universiti Malaysia (MAPUM) kali ke 83 Bil 3/2022 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Bengkel dan mesyuarat tersebut berbincang mengenai hal ehwal semasa berkaitan penginapan pelajar di dalam dan di luar kampus. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr Hafiz bin Zakariya merangkap pengerusi MAPUM bersama semua wakil kolej kediaman universiti awam. Selepas mesyuarat, pihak UNIMAS membawa rombongan MAPUM untuk melawat sekitar Kolej Kediaman Cempaka, UNIMAS bagi melihat kemudahan, bilik penginapan dan ruang aktiviti pelajar.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Email