BERITA & AKTIVITI

Hebahan Senarai Pelajar Senior Rayuan Yang Berjaya Memohon Kolej Kediaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman semua, takwim akademik bagi sesi 2022/2023 telah ditukar dan dianjakkan seminggu lambat dari sepatutnya. Pendaftaran pelajar baharu sepatutnya pada 2 Oktober 2022 namun telah berubah ke 10 Oktober 2022. Oleh yang demikian, Kolej Kediaman telah dimaklumkan oleh pihak akademik tarikh cadangan dari KPT bagi kemasukan pelajar rayuan ambilan kedua program Sarjana Muda adalah pada 31 Oktober 2022.
Justeru, Kolej Kediaman hanya dapat membuat hebahan senarai pelajar senior rayuan yang berjaya memohon asrama adalah pada AWAL NOVEMBER 2022. Kolej kediaman ingin memohon maaf berikutan berlakunya kekeliruan mengenai memo yg telah dikeluarkan bagi keputusan rayuan asrama sebelum ini.
Sekian, terima kasih. Harap maklum.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Email