BERITA & AKTIVITI

JERAYAWARA PENGANTARABANGSAAN PELAJAR UMT KE KOREA SELATAN DAN THAILAND

JERAYAWARA PENGANTARABANGSAAN PELAJAR UMT KE KOREA SELATAN DAN THAILAND

Telah berlangsungnya program Jerayawara Pengantarabangsaan Pelajar ke Korea Selatan dan Thailand anjuran Kolej Kediaman HEPA UMT pada 11 Januari 2023 bertempat di Serambi Siswa Kolej Kediaman UMT.

Program ini telah dirasmikan oleh En. Fadli Mamat, Ketua Pentadbiran HEPA UMT. Bersempena program ini juga turut dilancarkan 2 buku travelog pelajar iaitu “Travelog Perwakilan Luar Kampus: Colors of Korea” dan “Travelog Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman: Misi Kemasyarakatan Di Yala, Thailand”. Turut hadir pada program ini ialah Dr. Isma Rosila binti Ismail (Timbalan Pengarah Pusat Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Nor Fazliyana binti Mahtar @ Mohtar (Timbalan Pengarah UMT-GEM) dan kedua-dua Timbalan Pengarah Kolej Kediaman UMT.

Program bual bicara ini telah dikongsikan oleh wakil JPKK dan JPLK sesi 2022/2023. Pelbagai pengalaman dan ilmu telah dikongsi oleh mereka.

Semoga para pelajar dapat menjadikan program ini sebagai inspirasi dalam mewujudkan program pengantarabangsaan di masa akan datang.

#HEPAbingkas

#HEPAPrihatin

#WargaHEPACemerlang

#UMTSohor

#ILoveUMT

#UMTPrihatin

#WargaUMTCemerlang

#KitaJagaKita

#TerimaKasihUMT

#KPTPrihatin

#SejahteraIPT

#KKcaknasiswa

See insights

Boost a post

All reactions:

3Roy Masbah and 2 others

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email