BERITA & AKTIVITI

Kolej Kediaman Cakna Siswa Menerusi Program Ziarah Luar Kampus 2021

Pembahagian sumbangan ziarah luar kampus di Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM UMT) oleh JPLK sesi 2019/20 bersama felo ULK, khas kepada pelajar luar kampus.

Bagi fasa ini, sebanyak 150 pack berjaya diagihkan kepada pelajar yang memerlukan pada jam 5 ptg, 12 Januari 2021. Pack ini merupakan gabungan barangan keperluan harian (gula, biskut, telur dll) bagi membantu pelajar yang menginap di luar UMT.
Tahniah diucapkan kepada urusetia yang terlibat di atas kelancaran pembahagian barangan keperluan tersebut mengikut SOP yang ditetapkan. Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar luar kampus lebih-lebih lagi di sepanjang tempoh PKPB ini.
Terima kasih.
#HEPAdihatiku
#kkcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email