BERITA & AKTIVITI

MAJLIS ANUGERAH JASA BAKTI 2023 (MASAKTI) KOLEJ KEDIAMAN

7 Julai 2023 : – Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Terengganu telah menghadirkan diri ke Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu. YBrs. Prof TNC HEPA sudi melapangkan masa untuk menghargai dan menyampaikan Anugerah kepada Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman, Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus dan Felo Kolej Kediaman yang telah berkhidmat dan menabur bakti dengan cemerlang pada sesi kali ini. Kehadiran YBrs. Prof ke MASAKTI 2023 kali ini memberi semangat dan iltizam kepada seluruh warga Kolej Kediaman untuk terus memacu dan menyokong Prakarsa HEPA yang diaspirasikan oleh YBrs. Prof dengan menjadikan HEPA BINGKAS sebagai satu slogan yang membuktikan sokongan Kolej Kediaman kepada Prakarsa HEPA. Terima kasih kepada semua JPLK, JPKK dan Felo atas jasa bakti berkhidmat untuk Kolej Kediaman. Sebanyak 7 Anugerah dipertandingkan mengikut kategori dan melibatkan 2 Anugerah utama. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi setiap kategori Anugerah yang dipertandingkan. Bagi Anugerah utama iaitu Anugerah Bakti Permata Kolej Kediaman 2023 telah dimenangi oleh KAIYISAH ASILAH BINTI HAMIDON bagi JPKK dan NUR IZZATI BINTI YUSRI bagi JPLK. Tahniah atas kejayaan cemerlang semua JPKK dan JPLK.

Berita lanjut di pautan:

JOIN, LIKE & SHARE untuk lebih banyak info terkini.
Telegram: https://t.me/kolejkediamanUMT

#HEPAbingkas

#HEPAPrihatin

#WargaHEPACemerlang

#UMTSohor

#ILoveUMT

#UMTPrihatin

#WargaUMTCemerlang

#KitaJagaKita

#TerimaKasihUMT

#KPTPrihatin

#SejahteraIPT

#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email