BERITA & AKTIVITI

Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) sesi 2023/2024

Pada 8 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan JPKK dan JPLK sesi 2023/2024 di Dewan Al-Irfan, Kolej Kediaman UMT.

Majlis Watikah Pelantikan JPKK dan JPLK sesi 2023/2024 telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT, Profesor Madya Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain dan Pengarah-pengarah serta Ketua PTj HEPA. Sesi penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh TNC HEPA UMT.

Diharap tampuk kepimpinan baru JPKK dan JPLK sesi 2023/2024 dapat memegang amanah yang telah diberikan dan menjadi suara pelajar untuk Kolej Kediaman dan luar kampus dalam menjaga kebajikan para pelajar.

#HEPAbingkas

#HEPAPrihatin

#WargaHEPACemerlang

#UMTSohor

#ILoveUMT

#UMTPrihatin

#WargaUMTCemerlang

#KitaJagaKita

#TerimaKasihUMT

#KPTPrihatin

#SejahteraIPT

#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email