BERITA & AKTIVITI

Makluman Berkaitan Dobi Akua T di Kafetaria Sheikh Abdul Malek

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makluman kepada semua, mesin basuh dan pengering pakaian di Kafeteria Sheikh Abdul Malek telah dibaiki dan diselengara. Sehubungan dengan itu, pihak pembekal dobi (AKUA-T) telah menyediakan detergent dan softener secara percuma.

Untuk mengelakkan berlakunya kerosakan yang sama, SABUN JENIS SERBUK TIDAK BOLEH digunakan bagi mengelakkan dispenser dan hose tersumbat. Hanya sabun jenis cecair yang boleh digunakan ketika membasuh pakaian.

Pihak Kolej Kediaman berharap para pelajar dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi kemudahan kita semua. Sekian, terima kasih. Harap maklum.

#HEPAdihatiku
#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email