BERITA & AKTIVITI

Makluman Status E2KC Pelajar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Mohon makluman kepada para pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus bermula bulan Mac, tarikh pendaftaran masuk ke kolej kediaman boleh disemak di dalam sistem MyNemo > e2KC (bagi pelajar yang mendapat penempatan asrama).

Bagi pelajar yang tinggal di asrama pada semester I dan telah pulang bercuti, pelajar dikehendaki mendaftar masuk mengikut tarikh kemasukan blok seperti yang dilampirkan pada notis rasmi UMT walaupun tiada tarikh khusus (tarikh dalam kotak merah) yang dipaparkan pada e2KC pelajar.

Bagi pelajar yang tidak mendapat penempatan di kolej kediaman, tiada tarikh khusus (tarikh dalam kotak merah) yang akan dipaparkan dalam e2KC. Pelajar akan menginap di rumah sewa/luar kampus dan dibenarkan pulang mengikut kesesuaian masa masing-masing dan dinasihatkan untuk menjalani isolasi kendiri sebelum masuk ke kampus pada hari pertama semester.

Sekian, terima kasih.

#HEPAdihatiku
#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email