BERITA & AKTIVITI

Portal Rumah Sewa Siswa Untuk Pelajar Luar Kampus UMT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hebahan portal Rumah Sewa Siswa

Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Rumah Sewa Siswa yang dibangunkan oleh KPT telah dibuka untuk kegunaan pelajar. Portal ini dapat membantu mahasiswa dalam urusan pencarian penginapan/rumah sewa yang lebih baik dan selamat.
Para pelajar adalah dikehendaki untuk mendaftar di Portal Rumah Sewa Siswa bagi membolehkan pelajar membuat pencarian rumah sewa yang bersesuaian.

Pelajar perlu mengimbas kod QR, daftar masuk menggunakan email pelajar dan boleh terus mencari rumah sewa di sekitar UMT tercinta.
Jika ada rumah sewa yang sedang diduduki pelajar dan masih lagi tidak berdaftar, sila hubungi pihak Kolej Kediaman Luar Kampus di talian 09-668 4389/4392

Untuk pendaftaran, sila layari

https://rumahsiswa.mohe.gov.my/

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email