BERITA & AKTIVITI

Program Candat Sotong Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 1.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 15 dan 16 Julai 2022, Kolej Kediaman Luar Kampus buat julung-julung kalinya telah menganjurkan Program Candat Sotong Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 1.0 bertempat di perairan laut China Selatan. Program ini turut disertai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hafiz Bin Zakaria, Timbalan Naib Canselor HEPA.

Para peserta terdiri daripada wakil UMT, UTM, UMP, UTeM dan UniSZA. Para peserta dilepaskan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, YBrs. Prof. Madya Dr. Hafiz Bin Zakaria dan Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali, Pengarah Kolej Kediaman pada pukul 5.30 petang dan pertandingan tamat pada 6.00 pagi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Program Candat Sotong Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 1.0.

#HEPAdihatiku
#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email