BERITA & AKTIVITI

Program Kawal Siswa Merupakan Program Pertama Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Sesi 2018/2019

Program ini akan berlangsung sepanjang Semester II Sesi 2018/2019. Program ini menfokuskan kepada Keselamatan di kawasan Kolej Kediaman demi memastikan kelestarian dan kesejahteraan mahasiswa terpelihara.

Majlis Pelancaran Program Kawal Siswa telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Bin Ghazali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Februari 2019
Tempat : Dewan Al-Irfan
Masa : 8.00 Malam

Program Kawal Siswa merupakan satu program untuk membantu pihak kolej kediaman dan penguatkuasaan peraturan kolej kediaman. Program ini akan bekerjasama dengan badan beruniform dan pihak keselamatan. Oleh itu, pelajar perlu memastikan

  1. Memakai dan mempamerkan kad matrik semasa keluar dan masuk kawasan asrama
  2. Hanya kenderaan yang mempunyai sticker kolej kediaman sahaja dibenarkan
  3. Berpakaian sopan di kawasan Kolej Kediaman

Pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan denda oleh Pihak Kolej.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email