BERITA & AKTIVITI

Program Kembara Sungkei dan Iftar Perdana Luar Kampus 2022

     
Program Kembara Sungkei dan Iftar Perdana Luar Kampus 2022
Ybrs. Prof. Madya Dr. Hafiz Bin Zakariya, Timbalan Naib CanseLor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT turut bersama-sama dalam Program Kembara Sungkei Luar Kampus bagi menghantar juadah iftar kepada pelajar luar kampus UMT di kediaman masing-masing di Zon A Mengabang Telipot, Zon  B Gong Badak dan Zon C  Tok Jembal dan turut disertai oleh Ts. Dr Nik Aziz Bin Nik Ali, Pengarah Kolej Kediaman, Dr Izan Binti Dato Haji Jaafar Timbalan Pengarah Luar Kampus dan En Muhammad Ashraff Aiman Bin Roslan, Penolong Pendaftar Kolej Kediaman Luar Kampus. Hanya kediaman pelajar yang telah berdaftar di dalam rekod Kolej Kediaman Luar Kampus yang menerima dan mengharapkan pelajar luar kampus untuk sentiasa peka akan makluman yang disampaikan menerusi Felo Luar Kampus dan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus.
IFTAR PERDANA LUAR KAMPUS 2022
🗓 Tarikh : 15 April 2022 (Jumaat)
📍 Tempat: Surau At-Taqwa, Kg. Kubang Badak, Tok Jembal.
Seramai 200 jemputan telah hadir bersama wakil daripada Komuniti Rukun Tertangga Kubang Badak, Tok Jembal, AJK surau Tok Jembal dan pelajar  Universiti Malaysia Terengganu bagi mengimarahkan majlis berkenaan. Dr Izan Binti Dato Haji Jaafar dan En Muhammad Ashraff Aiman Bin Roslan mewakili pihak UMT dan perjalanan program berjalan dengan baik.
“Raikan Ramadan”
Facebook
Twitter
LinkedIn
Email