BERITA & AKTIVITI

Rondaan Unit Disiplin dan Sahsiah (UDS) Felo Kolej Kediaman UMT

16/1/2022, 12.30 pagi | Unit disiplin dan Sahsiah Felo Kolej Kediaman telah melakukan rondaan di sekitar kawasan kolej, kafe dan melakukan pemeriksaan di blok An Nasai (ANN). Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh para pelajar. Pelajar diingatkan untuk tidak menjadikan bilik kosong sebagai tempat tinggal. Hal ini merupakan kesalahan yang boleh menyebabkan tindakan dikenakan ke atas pelajar yang terlibat seperti yang tertakluk dalam peraturan kolej kediaman. Gelanggang sukan dalam kolej kediaman hanya boleh digunakan sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja bagi mengelakkan gangguan kepada penghuni di sekitar kawasan berdekatan. Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej kediaman, tidak berdua-duaan berlainan jantina dan sentiasa berpakaian sopan sepanjang berada di dalam kawasan kolej kediaman UMT.#HEPAdihatiku#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email