BERITA & AKTIVITI

Kolej Kediaman Berwajah Baru

Kolej Kediaman Berwajah Baharu
Sukacita dimaklumkan bahawa, kerja-kerja mengecat dinding dalam Blok B1 dan Blok B2 Kolej Kediaman telah siap sepenuhnya dan telah diterima daripada Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) pada 30 November 2020.
Kerja-kerja mengecat ini mempunyai lima (5) warna berbeza mengikut aras sekaligus mewujudkan suasana yang lebih ceria kepada para pelajar UMT khususnya. Diharapkan agar usaha ini mampu memberi keselesaan yang baik kepada semua pelajar.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email